Isnin, 25 Mei 2009

Permainan Tradisional

Di Malaysia terdapat banyak permainan tradisional yang menjadi warisan negara sejak dahulu lagi. Permainan gasing pangkah umpamanya telah menjadi permainan golongan tua di masa lapang. permaian ini juga turut dipertandingkan sama ada di setiap daerah mahupun di peringkat negeri. Permainan in perlu di jaga kerana ia sangat berharga kepada generasi akan datang.

Makanan Tradisional


Di Malaysia terdapat pelbagai makanan tradisional yang boleh menjadi santapan tidak kira waktu antaranya ketupat, bauhulu, sate dan bermacam lagi. kebanyak kuih ini sudah di komersialkan dan boleh didapati di kedai menjual makanan segera dan pasaraya seluruh negara.

Semua masyarakat di Malaysia menyukai makanan tradisional kerana keenakanya. Makanan ini tidak susuh untuk disediakan kerana boleh dipelajari di dalam buku resepi. Makanan ini seharusnya di jaga dan perlu diwarisi pembuatannya supaya tidak ditelan oleh zaman.

Isnin, 11 Mei 2009

Keunikan Kampung Kuala Pahang




Kampung Kuala Pahang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak 13km dari bandar Pekan, Pahang. Kampung ini berhampiran dengan sungai pahang dimana merupakan sungai terpanjang di semenanjung Malaysia. Keunikan Kampung Kuala Pahang terletak kepada kepelbagaian asal usul penduduknya iaitu ada yang berasal dari Terengganu, Kelantan dan ada sebilangannya dari Kedah. Terdapat jeti-jeti yang diperbuat daripada batang pokok nibong yang menjadi pengkalan untuk nelayan mendaratkan ikan dan juga mengikat bot-bot mereka.

Kebanyakan penduduknya adalah nelayan. Namun sebilangan kecil sahaja golongan muda mengikuti jejak langkah ayah mereka dalam mewarisi pekerjaan sebagai nelayan yang dikatakan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Semoga, pihak-pihak tertentu akan mengadakan usaha dalam menjadikan Kampung Kuala Pahang sebagai warisan bersejarah untuk daerah Pekan.

Batu Bersurat Sebagai Warisan Kita

Di Malaysia, terdapat beberapa batu bersurat yang merupakan warisan kita yang tidak ternilai.
Batu bersurat ini adalah bukti awal kepada kewujudan sistem tulisan di negara kita. Antara batu bersurat yang terkenal antaranya Batu Bersurat Terengganu dan batu Bersurat Kedukan Bukit. Berikut adalah sedikit catatan berkenaan kedua-dua batu bersurat ini;

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.


Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai oleh M. Batenburg pada 29 November 1920, di Sumatera Selatan, di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke sungai Musi. Batu Bersurat "Prasasti" ini berbentuk batu kecil, berukuran 45 x 80 centimeter. Tarikh batu bersurat ini ialah 683 masehi menggunakan bahasa Pallava.

Tun Syed Nasir Pejuang Kita

Tun Syed Nasir merupakan seorang pejuang yang mempunyai semangat yang amat tinggi dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan. Beliau dilahirkan di Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor pada 7 mac 1921. Tun Syed Nasir adalah pencetus dan peneraju kempen Bulan Bahasa. Selain itu, beliau turut memperjuangkan kewujudan Universiti kebangsaan Malaysia dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantarnya. Disebabkan oleh perjuangan yang telah dibuat oleh beliau, maka tidak hairanlah beliau telah menerima pelbagai anugerah antaranya Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Jun 1978. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982.